SALAM RAMADHAN



Salam Ramadahan untuk semua. Bersyukur dan bergembiralah kepada Allah s.w.t kerana dianugerahkan bulan kebaikan kepada kita. Dengan kehadiran ramadhan ini, segala kejahatan dan keburukan akan dijauhi dengan izin Allah. Rebutlah segala kelebihan dan kemuliaan yang terdapat dalam bulan ramadhan ini yang sepatutnya direbut oleh seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. Justeru saya berpesan kepada diri saya sendiri, dan seluruh muslimin dan muslimat agar bertakwa kepada Allah kerana takwalah cara yang terbaik untuk mendapatkan kebaikan, kejayaan dan taufik daripada Allah. Hakikatnya, tidak ada saat paling menggembirakan golongan beriman selain menyambut kedatangan bulan keberkatan dan keampunan, iaitu ramadhan al-mubarak. Hanya golongan pengikut hawa nafsu sahaja yang benci dengan kedatangan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua....

0 Comments:

Post a Comment